Inti Pati Coklat IQ
Coklat IQ dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai
nilai khasiat semulajadi,
halal dan sesuai dijadikan sebagai permakanan seorang
pelajar / pekerja . Di adun bersama
makanan Sunnah Nabi & Imam Syafie serta di baca Surah
terpilih oleh Ustaz, sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet
seorang pelajar atau pekerja. Coklat IQ di adunkan dalam bentuk bar,
mempunyai rasa yang enak dan sedap serta senang dibawa kemana-mana (sekolah
/ tempat kerja), dan penyimpanannya sangat mudah.
Kandungan Coklat IQ
Diperkayakan dengan :
makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W
makanan sunnah Imam Syafie
Terapi bacaan Al-Quran 30 Juzuk daripada Ahli Tahfiz
Bacaan doa dari Ustaz
1. CocoDamia : Coklat IQ : Khasiat Lubanah
Mungkin
masih ramai tidak mengetahui tentang kelebihan LUBANAH. Terus terang saya
katakan, saya mendapat tahu mengenai kewujudan LUBANAH dan kelebihannya apabila
mengerjakan Umrah . SubhanaAllah, sungguh berkhasiat LUBANAH ini.
Setelah melakukan
kajian dan penyelidikan mengenai khasiat LUBANAH ini, maka salah satu kandungan
utama Coklat IQ adalah LUBANAH. Jom kita selami, apa itu LUBANAH dan
apakah khasiatnya:
Apa itu Lubanah?
Di sesetengah tempat di dunia, luban atau
frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud
“susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan
susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang
digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan
Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah
satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun
lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat
Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini
Sejarah Lubanah : Nabi SAW & Sahabat Rasullullah
“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali
k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu
kepadanya tentang masalah penyakit lupa.
Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat
menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”
Nabi SAW berpesan supaya
beramal dengan luban untuk kecerdasan akal
anak-anak dan menguatkan ingatan bermula
di dalam kandungan lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia
dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab
Thibbun Nabawi.
Imam Sayuti dalam
kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada
anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan
memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan
hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)
Rasulullah SAW bersabda,
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان
, فإنه يزيد في عقل
الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang
mengandung karena itu dapat mencerdaskan
anak yang sedang dikandungkannya
dikandungny. [34]
Imam Ali bin
Musa Ridha a.s. berkata,
أطعموا حبالاكم اللبان , فإن
يكن في بطنهنّ غلام
خرج ذكي القلب عالما
شجاعا , وإن يكن جارية
حسن خلقها وخلقها وعظمت
عجيزتها وحظيت عند زوجها
Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung.
Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan
menjadi anak yang cerdas, pandai,
dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka
anak itu akan menjadi cantik paras dan budi
pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]
Imam Ali Ridha (sa) berkata:
“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang
hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan
ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian
yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)
Sejarah Lubanah : Imam Syafie
Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal
dengan kekuatan daya ingatannya selalu
mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal
dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam
Rahimatullah.
Khasiat Lubanah
Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan
mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam
otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema,
resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.
Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.
1. Meningkatkan kecerdasan Minda
2. Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk
3. Meningkatkan ketajaman daya ingatan
4. Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
5. Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
6. Menambahkan keyakinan diri
7. Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..
8. Berdasarkan tindakbalas juga dapat merawat dan melegakan
penyakit sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin,mampu
memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa
mengandung baik untuk ibu mengandung
9. Pertuturan kurang jelas
10. Pra nyanyuk
11. Migrain
12. Sakit kepala dan masalah angin
13. Tekanan yang melampau
14. Keletihan
15. Masalah pelajar malas belajar
16. Mengatasi masalah anak-anak degil
17. Lawas sistem perkumuhan
0 comments:
Post a Comment